Perjalanan Menuju Yang Abadi
Sunday, December 5, 2010
TIPS MENGUATKAN INGATAN.. ^^
Penyakit Lupa Antara penyebabnya adalah: -
- Makan kepala ikan
- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayaimengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sblm kenyang).
- minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.
- sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya.
Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa.
Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil 'dopamin' akan berkurangan di dalamsel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya
Sifat lupa ialah sesuatu yang semulajadi dalam diri manusia, lantaran itu manusia di sebut Insan, sebab sifat pelupa ini. Selalunya, ia berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut perbezaan dalam kekuatan memori yang telah diciptakan Allah untuk hambanya.
Pepatah Arab menyebut ia dipanggil manusia (insan) sebab kelupaannya (nisiyan)Ia dipanggil hati (al-qalb) sebab ia cepat berubah (yataqallab)
Sifat pelupa ialah sesuatu yang berbeza tahapnya antara individu dengan individu yang lain. Antara cara untuk mengatasinya ialah:
1. Jauhi daripada dosa.
Dosa membawa kesan yang buruk kepada ingatan/memori dan kemampuan untukmengingati ilmu. Kehitaman dosa tidak dapat wujud sekali dengan kecerahan ilmu. Perkataan berikut diambil daripada Imam Syafie:
"Saya mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai masalah ingatan saya. Dia memberitahu agar menjauhi daripada dosa dan maksiat. Dia berkata: Ilmu Allah adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada pendosa."
Al-Khateeb menulis dalam Al-Jamie yang Yahya Ibn Yahya berkata:
"Seorang lelaki bertanya kepada Malik bin Anas; Wahai Abu Abdullah, apakah yang dapat memperbaiki ingatan saya?. Malik berkata: "Sekiranya ada yang dapat memperbaikinya, maka ia adalah menjauhkan diri daripada dosa".
Apabila seseorang membuat satu dosa, ia akan menenggelamkan pelakunya dalam perasaan bimbang dan bersalah, dan ini akan membuatnya sentiasa sibuk memikirkan akan perbuatannya itu. Ini akan menariknya daripada banyak perkara-perkara berfaedah, termasuk mencari ilmu dan pengetahuan.
2.Selalulah mengingati Allah
dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Allah berfirman:
"dan ingatlah kepada Tuhanmu ketika kamu lupa dan katakanlah, ' mudah-mudahan Tuhanku akan memberi petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini' " (Al-Kahfi: 24)
3. Tidak makan terlalu banyak.
Kerana makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selain menambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripada makanan dan minuman.
4. Makan kismis dan madu.
Sesetengah ulama menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatan seperti madu lebah dan kismis. Imama Az-Zuhri menyebut:
"Kamu patut mengambil madu sebab ia baik untuk memori.....Barangsiapa ingin menghafal hadith, ia patut memakan kismis".
Ada juga yang menyebut, mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasan dan lemah ingatan
Thursday, November 18, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)